Selasa, 30 April 2013

RUMUSAN


RUMUSAN

Pengangkutan awam ialah sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian saya ialah bas Pengangkutan  awam adalah penting di pekan Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang kerana ia meningkatkan mobiliti penduduk terutama yang tidak mempunyai kenderaan.
 Kepentingan lain ialah mengangkut penumpang, menjimatkan kos dan mengurangkan kesesakan lalu lintas. Walaubagaimanapun, penduduk di Kepala Batas ini menghadapi beberapa masalah berkaitan pengangkutan awam seperti jangka masa lama, pencemaran udara dan pencemaran bunyi.
Saya mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan masalah-masalah tersebut seperti menguatkuasakan undang-undang, menganjurkan kempen alam sekitar, dan berkongsi kenderaan ke tempat kerja.

Saya berharap pihak yang terlibat akan perihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh penumpang di pekan Kepala Batas ini. Saya bangga kerana pihak terbabit berusaha memperbaiki perkhidmatan bas di pekan Kepala Batas ini.

PENDAHULUAN


PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan Penilaian Menengah Rendah 2013, saya selaku pelajar Tingkatan 3 diwajibkan melaksanakan Kerja Kursus Geografi di sekolah. Saya telah memilih tajuk Pengangkutan Awam Di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Saya telah memilih tajuk Pengangkutan Awam (bas) di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Kawasan Kepala Batas ini dipilih sebagai kawasan kajian saya kerana di kawasan ini terdapat banyak kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan teksi. Di kawasan Kepala Batas ini menyediakan bas Rapid ke sekitar kawasan kajian. Kawasan kajian ini padat dengan penduduk yang sangat memerlukan dan bergantung kepada pengangkutan awam untuk pergerakan harian mereka.
            Saya Berjaya melengkapkan kajian ini dalam masa sepuluh minggu dengan menulis laporan kajian dengan lengkap bermula dari bulan Mac hingga bulan Mei.

OBJEKTIF KAJIAN


OBJEKTIF KAJIAN

Kajian tentang pengangkutan awam di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang ini adalah untuk mencapai objektif berikut:

  • ·         Mentakrif Konsep pengangkutan awam
  • ·         Menyata dan menghuraikan Jenis-jenis pengangkutan awam
  • ·         Menyata dan menghuraikan Kepentingan perkembangan pengangkutan awam
  • ·         Menyenarai dan menghuraikan Masalah perkembangan pengangkutan awam
  • ·         Mencadang dan menghuraikan Cadangan untuk mengatasi masalah perkembangan pengangkutan   awam
  • ·         Memupuk Nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

8.4 Masalah Pengangkutan Awam


8.4 Masalah Pengangkutan Awam
Antara masalah-masalah yang sering dialami oleh pengguna pengangkutan awam ialah :


1. Keselamatan penumpang terancam
 Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pemandu bas  telah membawa padah kepada penumpang. Penumpang merasa tidak selamat untuk menggunakan perkhidmatan bas. Sikap seperti ini juga boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

2. Jangka masa lama
 Sebelum dilancarkan Rapid Penang, pengguna terpaksa menunggu perkhidmatan bas henti-henti hampir sejam. Ketibaan bas yang tidak tentu juga menyukarkan penumpang yang menggunakan khidmat bas ini. 

3. Kos Bahan Api Meningkat 
Harga minyak yang semakin meningkat menyebabkan tambang pengangkutan awam khususnya bas meningkat.
4. Kenderaan lama
 Perkhidmatan bas atau van sekolah adalah kenderaan lama yang telah berdaftar 10 hingga 15 tahun. Tempat duduk dan kondisi bas juga tidak selesa.

5. Pencemaran udara 
 Pengangkutan awam khususnya bas menggunakan minyak diesel yang boleh mencemarkan udara. Udara dicemari dengan gas karbon monosida dan asap hitam yang berjelaga yang mencemarkan udara.

6. Pencemaran bunyi 
Kondisi bas yang lama boleh menimbulkan suasana yang membingitkan telinga dengan bunyi enjin kenderaan yang bising atau kuat. Situasi ini boleh mengganggu ketenangan penumpangnya.
Bagi penduduk yang tinggal berhampiran dengan lapangan terbang, sering terganggu dengan bunyi bising enjin  kapal terbang yang sedang mendarat atau kapal terbang yang sedang berlepas.

8.5 Cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam


8.5 Cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam
Antara cadangan yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam ialah :-

1. Kuat kuasa undang-undang 
Tindakan tegas perlu diambil terhadap pemandu bas yang melakukan kesalahan yang berulang-ulang. Denda atau penjara boleh dikenakan terhadap pemandu tersebut. Pihak JPJ boleh mengenakan denda atau mengeluarkan saman kepada bas/van sekolah yang mengeluarkan asap hitam yang mencemarkan udara.

2. Penggunaan petrol tanpa plumbum 
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

3. Penapis asap /Catalytic converter 
Bagi mengurangkan pembebasan asap hitam oleh pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan. Dengan ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak mencemarkan udara.


4. Mengurangkan kos operasi 
Bagi mengatasi masalah tambang yang tinggi, pihak kerajaan boleh memberi subsidi diesel. Dengan ini, diharap tambang pengangkutan awam (contohnya bas dan teksi) dapat dikurangkan.

5. Penggunaan bahan api alternatif
Dalam usaha mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor (bas, lori, teksi dan sebagainya), penggunaan bahan api alternatif yang mesra alam amat digalakkan. Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta  hibrid (menggunakan bateri) dan tenaga suria.

6. Kursus pemanduan berhemah 
Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan boleh mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan tujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya.